Friday 15 April 2011

Setiap Manusia yang bernyawa Allah bagi HAK termasuk pada bayi dalam kandungan

Bayi yang berusia 120 hari ke atas mempunyai status seperti mana manusia yang hidup diluar kandungan.  Bayi tersebut ada hak utuk hidup iaitu keselamatan jiwanya wajib dihormati oleh semua manusia.

Apakah yang menjadi hak bayi dalam kandungan jika sudah berusia 120 hari ke atas?? Sapakah yang wajib menjamin dan melindungi hak bayi dalam kandungan??

Tentang hak keatas keselamatan jiwa ini Allah telah berfirman sebagai berikut:

“ Dan janganlah kamu sekelian membunuh suatu jiwa yang telah Allah haramkan (utuk membunuhnya), kecuali kerana suatu hak…”
(Surah Al-Isra’ : 33)

“Hak” yang dimaksudkan pada ayat berkenaan ialah kerana yang bersangkutan melanggar larangan syariat yang hukumannya adalah humkuman mati atau hukuman bunuh.

Perbuatan jahat yang dibalas dengan hukuman bunuh (mati) ialah :


  1. Membunuh orang dengan sengaja.
  2. Lelaki atau perempuan yang telah berkawin kemudian berzina.
  3. Murtad iaitu keluar dari Islam sambil memusuhi Islam.
  4. Memberontak kepada pemeriantah Islam yang sah.
  5. Merompak atau menyamun
  6. Menghina Allah dan Rasulullah.

Pantang Wanita Hamil

BERPANTANG bagi wanita hamil dibahagi kepada dua jenis.

Pertama : pantang berdasarkan kepercayaan tradisi masyarakat.

Kedua : pantang berdasarkan pertimbangan perubatan.

Pantang bahagian pertama, iaitu suatu pantang bagi wanita hamil untuk tidak berbuat sesuatu berdasarkan pada kepercayaan sesuatu masyarakat bahawa kalu suatu perbuatan dilakukan oleh wanita hamil, kelak bayinya akan cacat atau wanita bersangkutan akan tersiksa ketika melahirkannya.

Lenggang Perut (Upacara Wanita Hamil)

Upacara “Lenggang Perut” dilakukan ketika wanita itu hamil kandungannya berusia 7 bulan. Upacara ni menurut Islam merupakan perbuatan yang dobolehkan atau dilarang??

Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya diisi dengan membaca Al-Quran surah Yusuf oleh para jemputan dirumah orang yang berhajat, disertakan pula pelbagai makanan tertentu sebagai kenduri.

“Mengapa yang dibaca surah Yusuf??” Apa pula sebabnya dalam upacara ini disertakan benda-benda tertentu dan bahan makanan tertentu?? Apakah ada tuntutan dari Rasullullah s.a.w. untuk menyelenggarakan upacara ini??

Upacara selamat hamil tidak ada tuntutannya dari Nabi s.a.w. mahupun pada sahabat.  Selamat hamil ini mucul dari tradisi penyembahan dewa atau kepercayaan anismisme. 

Setelah Islam masuk ke negeri ini lalu upacara tersebut dikelola begitu rupa dengan tambahan bacaaan surah Yusuf. Ini semua sama sekali tidak benar menurut ajaran Islam.

Sesungguhnya yang mengetahui hal-hal ghaib itu hanyalah Allah sahaja.  Allah berfirman dalam surah Al-AN’aam ayat 59 :

Ertinya : “… dan pada sisiNya ada kunci-kunci ghaib tiada yang mengetahuinya, kecuali hanya Dia semata-mata.”

Ayat ni menegaskan bahawa kepercayaan tentang hak ghaib itu tidak boleh diterima kecuali hal itu benar-benar diajarkan oleh Allah.  Jadi manusia sama sekali tidak boleh mereka-reka dengan apa cara sekalipun.

Dalam firmanNya pula dalam surah Al-An’am ayat 50;

Ertinya “ Katakanlah: “Aku tidak mengatakan kepada kamu bahawa aku memiliki kekayaan Allah dan tidak pula aku mengetahui hal ghaib…””

Ayat kedua menegaskan bahawa seorang rasul sekealipun tidak tahu sedikit pun tentang hal ghaib.  Kerana itu manusia selain rasul sudah pasti lebih tidak tahu tentang hal-hal ghaib.

Kepercayaan yang terkandung didalam upacara tersebut jelas bukan dari ajaran Allah dan RasulNya, melainkan dari reka cipta tradisi, turun temurun nenek moyang kita.

Thursday 14 April 2011

Nazar Ketika Hamil

Seseorang wanita hamil adakalanya mengalami beberapa kali keguguran sehingga sangat sukar untuk hamil dengan sempurna sehingga bayi dilahirkan.  Sesorang wanita mungkin juga telah puluhan tahun menginginkan anak, tetapi ketika usia yang cukup lanjut  dikurniakan Allah hamil, kemudian dia bernazar anaknya kelak akan dijadikan seorang pejuang agama Allah dan sebagainya.

BAGAIMANAkah tuntutan Islam tentang wanita hamil, bernazar agar anak yang dikandungnya kelak menjadi manusia yang diharapkan oleh orang tuanya??

Berhubung dengan wanita yang bernazar, Allah sebutkan dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 35-37 bermaksud;

Thursday 24 February 2011

Tips Penjagaan Ketika Hamil (terutama pada yang baru mula menjadi IBU)

1. Makan makanan yg seimbang 

- kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

2. jaga tingkah laku,jaga amalan

- pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan sebagainya. Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan hati. Supaya hati anak suci. Insya Allah.  Mengucapkan kata-kata yang baik selalu.  Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir.

3. Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam 

- Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti.  Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu.  Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.

Wednesday 23 February 2011

Tip Agar Segar Semasa Mengandung di Bulan Ramadan

  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin.
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda.

Panduan Pemakanan Ibu Hamil Sepanjang Ramadan

Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.

Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut  lambat berasa lapar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...